SEJARAH AWAL NEGARA

12:45 PM


  1.2  PENDUDUKAN KUASA ASING

  1.    Portugis 
  2.    Belanda 
  3.    British 
  4.    Jepun

     1.2.1 PENDUDUKAN PORTUGIS

·        Penjajahan Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu pada tahun 1511 sehingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menduduki Melaka, Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya.
·        Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau gagal. Pengaruhnya hanyalah di sekitar Bandar Melaka. Matlamat asalnya unutk mengembangkan agama Kristian juga tidak begitu berkesan.Antara kesan peninggalan penjajahan Portugis hingga kehari ini ialah kewujudan masyarakat Serani akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.
·        Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk millimeter atau ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka (dikenali sebagai Gabenor Selatan)
·        Sepenjang pemerintahannya, Portugis melaksanakan beberapa sistem  :

  a) Kapal pedagang wajib membayar cukai enam hingga 10 peratus dari hasil dagangan mereka
b) Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang
                     c) Diskriminasi terhadap pedagang islam

             1.2.2 PENDUDUKAN BELANDA

·        Orang Belanda mula berdagang di Kepulauan Melaka pada abad ke-17.
·        Pusat perdagangan utamanya ialah Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa
·        Mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menguasai perdagangan rempah di Kepualauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah.U
·        Untuk mencapai tujuan ini, Belanda perlu menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di Alam Melayu

1.2.3 PENDUDUKAN BRITISH
·        Penjajahan British telah meninggalkan banyak kesan. British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat dengan kekayaan di tanah melayu.
·        Pada peringkat awal kemasukan mereka ke Tanah Melayu, British bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi
·        Lama-kelamaan keinginan terus menguasai telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu
Campur Tangan British dalam Politik Negeri-negeri Selat

  •      Campur Tangan di Perak 
  •      Campur Tangan di Selangor
  •      Campur Tangan di Sungai Ujong 
  •      Campur Tangan di Pahang 
  •      Campur Tangan di Negeri Sembilan 

> Negeri-negeri Selat (NNS)

  ·   Setelah British berjaya menduduki  negeri-negeri di Tanah Melayu, mereka telah bertindak menyatukan wilayah tersebut di bawah satu pentadbiran iaitu NNS.
  ·   NNS diketuai oleh gabenor dan setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular
  ·   Singapura, Melaka, Pulau Pinang

> Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB)

·   Pada tahun 1895 melalui Perjanjian Persekutuan, British telah menubuhkan NNMB yang menggabungkan keempat-empat negeri terbabit
·   NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Residen Jeneral bertanggngjawab kepada gabenor NNS
·  Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang

>Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB)

·  Gabungan NNMTB terbentuk pada tahun 1909 apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok
·    Mengikut perjanjian empat buah negeri yang teletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada British
·   NNMTB mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidaklah seluas kuasa Residen di NNMB
·  Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan

1.2.5  PENDUDUKAN  JEPUN

·    Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada tahun 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945

Faktor-faktor kejayaan Jepun :

  1.        Pihak British kurang bersedia
  2.       Kelemahan pertahanan laut tentera Inggeris 
  3.       Persediaan tentera Jepun yang lengkap 
  4.       Tentera Jepun yang cukup terlatih, bersemangat tinggi, berpengalaman dan taktik
  5.       Kelewatan tentera bantuan dari London & India

Pentadbiran Jepun

·  Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan yang bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera kawasan ketujuh di Singapura
·    Setiap negeri diketuai oleh seorang Gabenor Jepun yang dibantu oleh Majlis Wilayah(penasihat) yang bertujuan menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri
[NOTA RINGKAS] SUMBER: Buku Rujukan Pengajian Malaysia Edisi Kelima

You Might Also Like

0 comments